icon-search
icon-search

TERMA & SYARAT KEPADA PEMBEKAL YANG BERMINAT UNTUK PENJUALAN PRODUK DI DALAM PLATFORM E-DAGANG THTS


A) SYARAT-SYARAT UTAMA SYARIKAT/PEMBEKAL

  • Mempunyai sijil Perniagaan (SSM) yang sah dan tidak tamat tempoh;
  • Mempunyai sijil-sijil yang berkaitan dengan produk cth : Sijil Halal, MesTi, HACCP, ISO, GMP, SSM dan sebagainya;
  • Sekiranya syarikat/pembekal mempunyai pertalian keluarga dengan anggota THTS, ianya adalah tertakluk kepada dasar semasa dan pertimbangan pihak pengurusan THTS.
  • Setiap pembekal/syarikat hendaklah mengemaskini sijil-sijil dan memberi satu salinan kepada THTS setiap kali diperbaharui.

B) KRITERIA UTAMA PRODUK

  • Produk tahan lama dan tidak mudah rosak;
  • Produk tidak memerlukan penjagaan yang kritikal/khusus, contoh memerlukan peti sejukbeku, dan sebagainya;
  • Produk boleh dipasarkan (dijangka berpotensi mendapat sambutan baik di pasaran);
  • Menyatakan jangka hayat produk;
  • Menghantar sampel produk untuk tujuan penilaian produk di peringkat THTS. Sampel ini tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hakmilik THTS.
  • Produk – produk lain yang boleh dipertimbangkan dan dipersetujui oleh pihak pengurusan THTS.
  • Setiap produk / merchandise yang dihantar kepada THTS untuk dipasarkan, hendaklah sekurang-kurangnya telah melalui proses semakan kualiti (QC) yang teliti dan sewajarnya oleh pihak pembekal (sekiranya tidak mempunyai pensijilan GMP atau setaraf).

C) TERMA & SYARAT KERJASAMA

  • Kerjasama terus dengan pemilik produk/perniagaan atau pemborong/wakil jualan yang dibenarkan (bukan ejen/orang tengah);
  • Urusniaga pembekalan secara consignment basis;
  • Pembayaran secara berkala mengikut jumlah unit produk yang terjual;
  • Baki produk yang tidak terjual (jika ada) akan dipulangkan semula dalam tempoh masa yang dipersetujui bersama;
  • Inbois akan dikeluarkan oleh pihak syarikat / pembekal berdasarkan laporan jualan bulanan yang akan dikeluarkan oleh THTS;
  • Syarikat / pembekal hendaklah menggantikan semua produk yang menghampiri tempoh tarikh luput sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh luput yang dinyatakan di setiap produk;
  • Tiada kuantiti pesanan minimum (MOQ) ditetapkan;
  • Kos penghantaran produk ke ibu pejabat THTS ditanggung oleh pembekal;
  • Jaminan pemulangan wang atau gantian produk kepada pelanggan termasuk kos pos sekiranya terdapat aduan kerosakan produk atau ketidakpuasan hati pelanggan;
  • Bersedia membenarkan pihak THTS mengunjungi premis perniagaan/kilang oleh pihak THTS;
  • Perniagaan berbentuk multi-level marketing (MLM) adalah tidak dibenarkan.
  • Pemilik produk/syarikat/pembekal bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan tempoh sah laku dan kesahihan sijil-sijil yang dikemukakan;
  • THTS mempunyai kuasa untuk membatalkan kerjasama dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkan perlu;
  • Produk-produk yang telah dipersetujui oleh pihak pembekal untuk dihantar ke premis THTS bagi tujuan jualan/promosi adalah tidak dibenarkan untuk diambil semula oleh pihak pembekal melainkan setelah mendapat persetujuan daripada pihak THTS;
  • Sebarang perubahan (jika ada) berkenaan terma & syarat seperti yang dinyatakan di atas adalah tertakluk kepada perubahan dan akan di maklumkan kepada syarikat / pembekal dari semasa ke semasa;
  • THTS adalah dibenarkan untuk menggunakan sebarang material (cth : gambar, video, audio, pautan, testimoni, maklumat am dan lain-lain) yang terkandung di dalam website rasmi/media sosial pembekal tanpa perlu mendapat kebenaran secara lisan atau bertulis.
  • Semua pembekal yang telah berdaftar dengan THTS adalah dialu-alukan untuk mewar-warkan kerjasama tersebut dengan turut memaparkan laman sesawang rasmi THTS www.thts.com.my di dalam semua platform pengiklanan pembekal, samada melalui media cetak, elektronik dan media-media lain yang bersesuaian.
Your cart is currently empty.
Continue shopping