Dodol merupakan sejenis makanan yang dikategorikan sebagai manisan.Ia sangat terkenal yang mana ia mudah didapati sepanjang tahun.
Namun pembuatan dodol ini agak merumitkan sehingga ia memerlukan kesabaran yang sangat tinggi ketika pembuatannya. Pembuatan makanan ini amat menitikberatkan kepakaran, kerana rasanya pasti tidak akan sama sekiranya terdapat kesilapan.